X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

PayPal benarkan jual-beli mata wang kripto di UK

Perkhidmatan PayPal akan membenarkan urusan jual dan beli mata wang kripto di United Kingdom dalam minggu ini. - Foto PayPal
A
A

LONDON - Syarikat PayPal akan membenarkan para pengguna di United Kingdom (UK) untuk membeli dan menjual mata wang kripto dalam minggu ini.

Peluasan itu mengikut tindakan yang dilakukan oleh syarikat gergasi tersebut di Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun ini.

Menurut syarikat berkenaan, perkhidmatan baharu itu membolehkan para pengguna di UK memilih empat jenis mata wang krito iaitu Bitcoin, Etherum, Litecoin dan Bitcoin Cash.

Ia akan dibenarkan di aplikasi PayPal dan laman webnya dengan perkhidmatan berkenaan akan bermula dalam minggu ini iaitu yang pertama kali dilaksanakan di UK.

Pada April lalu, firma itu yang memiliki perkhidmatan bayaran menerusi telefom bimbit iaitu Venmo membenarkan para pengguna di AS untuk membeli dan menjual mata wang kripto.

Ia kemudian membenarkan para penggunanya untuk menggunakan mata wang tersebut untuk membuat pembelian daripada berjuta-juta pedagang yang menggunakan platfom kewangan itu untuk urus niaga kewangan di AS pada Mac lepas. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!