Mangsa banjir di Perak meningkat

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Mangsa banjir di Perak mencatatkan sedikit peningkatan dengan 291 orang daripada 79 keluarga berbanding 284 pada Ahad yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah pagi Isnin.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, terdapat peningkatan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian iaitu seramai 111 mangsa daripada 26 keluarga berbanding 104 mangsa pada Ahad.

"Di daerah Larut, Matang dan Selama, PPS SK Alor Pongsu pula menempatkan 68 orang daripada 19 keluarga manakala jumlah mangsa di PPS SK Matang pula tidak berubah dengan 102 orang daripada 32 keluarga ditempatkan di situ," menurutnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, di daerah Kampar jumlah mangsa di Dewan Serbaguna Kampung Batu 20 turut tidak berubah dengan 10 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: