Stuart serah kepada MFL

 Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam
A
A
A

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menyerahkan kepada Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), bagi membuat keputusan berhubung sebarang pengumuman mengenai pelantikannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MFL.

Menurut Stuart, pada ketika ini perkara berkenaan mungkin sedang diperhalusi dan diteliti sebelum sebarang keputusan muktamad mengenainya diumumkan kelak oleh pihak jawatankuasa berkenaan.

“Buat masa ini, saya memang tak boleh nak komen apa-apa sehinggalah MFL buat keputusan di peringkat ahli lembaga pengarah.

“Pada masa ini, kita tahu perkara ini sedang diteliti dan oleh itu buat masa ini saya masih lagi bekerja dan berkontrak dengan FAM selaku Setiausaha Agung.

“Oleh itu, agak sukar untuk saya membuat apa-apa kenyataan pada ketika ini walaupun difahamkan ada mesyuarat melibatkan Ahli Lembaga Pengarah MFL esok (Isnin), tetapi saya tidak pasti samada agenda mengenai CEO ini akan dibentangkan atau tidak,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pelantikan Stuart selaku CEO baharu MFL mula menjadi bualan hangat CEO terdahulu, Datuk Ab. Ghani Hassan dilantik selaku Presiden MFL pada 16 Ogos lalu.

Perkara itu sekali gus turut menimbulkan persoalan mengenai individu yang bakal menggantikan tempatnya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaku Setiausaha Agung FAM.

Setakat ini difahamkan, jawatan berkenaan bakal diisi oleh Penolong Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar; namun masih belum ada sebarang hitam putih berhubung perkara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Stuart turut menyerahkan kepada pihak presiden dan pihak Jawatankuasa Ekesekutif berhubung perlantikan penggantinya, sekiranya dilantik sebagai CEO MFL.

“Kalau saya dilantik selaku CEO MFL, sudah semestinya pengganti saya akan diputuskan segera, tetapi ia terpulang kepada presiden dan juga Jawatankuasa Eksekutif FAM,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Stuart bakal isi kerusi CEO MFL baharu?