Pembangkang perlu terima tawaran sertai MPN demi rakyat

Dr Noor Nirwandy Mat Noordin
Dr Noor Nirwandy Mat Noordin
A
A
A

SHAH ALAM - Pembangkang perlu menerima tawaran menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) demi memastikan penyaluran bantuan dan sistem menguruskan masalah rakyat secara mikro dapat ditingkatkan seterusnya sebagai jaminan tiada golongan yang tertinggal.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ini kerana ketika ini apa yang dimahukan rakyat adalah jaminan secara mikro atau terperinci bagi menambahbaik kestabilan ekonomi mereka.

Menurutnya, rakyat juga mahukan jaminan keselamatan kesihatan khususnya bagi mereka yang terkesan secara langsung seperti kehilangan pekerjaan, kematian ahli keluarga yang menyara keluarga serta kurang upaya kesihatan kesan daripada pandemik Covid-19.

"Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia diharapkan dapat memberikan tumpuan khusus kepada pengurusan permasalahan rakyat secara mikro.

"Ini kerana peruntukan belanjawan dan Pelan Pemulihan Negara adalah usaha pimpinan kerajaan secara makro yang bertujuan membentuk pendekatan dan peruntukan secara komprehensif terhadap permasalahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: PM tawar pembangkang sertai MPN, Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19

Beliau menambah, jawatankuasa Parlimen juga boleh dibentuk di peringkat Dewan Rakyat dan di kawasan ahli Parlimen masing-masing bagi memastikan setiap permasalahan dianalisa dan diselesaikan dengan lebih berkesan.

Dalam masa sama, beliau berkata, masyarakat juga harus menyokong usaha kepimpinan negara dan menyuarakan permasalahan mereka di peringkat Pusat dan di kawasan Parlimen masing - masing dengan saluran penyampaian yang perlu diwujudkan segera serta diselaraskan dengan pendekatan rentas parti politik.

"Rakyat Malaysia juga digesa melakukan gencatan komen melampau dan negatif yang berbaur politik di media sosial berhubung kecenderungan parti politik atau pemimpin tertentu bagi bersama sebagai satu Keluarga Malaysia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri," katanya.

Artikel Berkaitan: