Thailand rancang peroleh 120 juta dos vaksin tahun depan

Thailand merancang untuk memperoleh sekurang-kurangnya 120 juta lagi dos vaksin Covid-19 termasuk vaksin generasi kedua bagi kegunaan suntikan tambahan atau booster, di samping akan meningkatkan inokulasi ke atas kanak-kanak.
Thailand merancang untuk memperoleh sekurang-kurangnya 120 juta lagi dos vaksin Covid-19 termasuk vaksin generasi kedua bagi kegunaan suntikan tambahan atau booster, di samping akan meningkatkan inokulasi ke atas kanak-kanak.
A
A
A

BANGKOK - Thailand merancang untuk memperoleh sekurang-kurangnya 120 juta lagi dos vaksin Covid-19 termasuk vaksin generasi kedua bagi kegunaan suntikan tambahan atau booster, di samping akan meningkatkan inokulasi ke atas kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong berkata, Lembaga Vaksin Kebangsaan merancang untuk membeli pelbagai jenis vaksin termasuk vaksin mRNA (messenger asid ribonukleik) pada tahun depan.

Beliau berkata, Institut Vaksin Kebangsaan merancang untuk memperoleh masing-masing sebanyak 50 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, vaksin mRNA dan AstraZeneca.

Katanya, ia termasuk vaksin generasi kedua yang mempunyai kemampuan untuk memberi perlindungan terhadap varian terkini dan varian lain pada masa depan, jika berjaya dibangunkan oleh mana-mana syarikat.

“Kuantiti dan bila penghantaran dibuat akan dibincangkan kemudian," katanya.

Sejak program vaksinasi bermula 28 Februari lalu, Thailand telah memberikan 26.83 juta dos vaksin termasuk 8,393 dos booster untuk petugas barisan hadapan.

Berikutan kebimbangan mengenai varian Delta, pihak berkuasa kesihatan sedang melakukan kajian mengenai pemberian suntikan booster sebagai perlindungan terhadap varian Delta.

Sementara itu, Thailand melaporkan 19,014 kes baharu Covid-19 dan 233 lagi kematian dalam tempoh 24 jam. Jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini sebanyak 1,049,295 dan 9,320 kematian.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan kes baharu itu termasuk 19,004 penularan tempatan dan 10 kes import.

Bagi kes kematian terkini ia melibatkan 140 lelaki dan 93 wanita berusia antara tujuh bulan dan 101 tahun, termasuk empat warga Myanmar, masing-masing seorang warga Singapura, China dan Laos. - Bernama