X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Keluarga Malaysia: Petunjuk kejayaan jika mahu letak jadi negara prihatin

ROZIAH MOHD JANOR
A
A

SHAH ALAM - Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menguruskan pandemik Covid-19 adalah satu petunjuk kejayaan jika mahu meletakkan Malaysia sebagai negara prihatin.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang turut menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Teknologi Mara, Profesor Dr Roziah Mohd Janor berkata, tindakan itu bertepatan dalam mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik berganding bahu bagi membantu negara keluar daripada kemelut pandemik yang membawa maut.

"Saya rasa teruja dengan konsep baharu yang diketengahkan oleh Perdana Menteri (Ismail Sabri) iaitu Keluarga Malaysia terutamanya dalam mengendalikan Covid-19.

"Dalam kita melaksanakan Keluarga Malaysia ini, kita harus berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan untuk itu kita harap apa yang saya sebutkan di atas tadi kita dapat laksanakan dengan baik.

"Seterusnya mampu untuk meneruskan aspirasi bagi mencapai Malaysia sebagai negara maju," katanya menerusi satu rakaman video pada Ahad.

Pada Ahad, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera memperkenalkan penggunaan istilah Keluarga Malaysia dalam mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik berganding bahu untuk membawa negara ini keluar daripada pandemik Covid-19.

Beliau berkata, konsep itu diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika pertama kali muncul menyampaikan ucapan selepas diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu.

Ucapan tersebut disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!