Gergasi Merah patut menang lebih besar

Penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun cuba melepasi kawalan pertahanan Perak FC, Rafiuddin Rodin pada perlawanan berkenaan. -Foto Facebook Selangor FC
Penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun cuba melepasi kawalan pertahanan Perak FC, Rafiuddin Rodin pada perlawanan berkenaan. -Foto Facebook Selangor FC
A
A
A

KETUA jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel menyifatkan skuad kendaliannya itu seharusnya menang dengan jaringan lebih besar ketika berdepan Perak FC, di Stadium Perak, pada Sabtu.

Menurut Neitzel, skuad The Red Giants itu dilihat memiliki banyak peluang bagi menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan, namun ia gagal direalisasikan jentera serangan pasukan.

“Kita akui pada awal perlawanan, kita masih dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan dan banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Setelah gol pertama, rentak permainan kita mula berubah, hingga berjaya menjaringkan gol kedua; bagaimanapun pada separuh kedua, kita gagal untuk menjaringkan lebih banyak gol, kecuali menerusi sepakan penalti.

“Apa pun, kita tetap gembira dengan kemenangan ini yang juga merupakan kemenangna keempat berturut-turut buat kita,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan berkenaan Selangor FC membuka jaringan Oliver Buff pda minit ke-42 dan dua gol lagi menerusi penyerang, Ifedayo Olusegun pada minit ke-45 dan 59 menerusi sepakan penalti.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Selangor FC berada pada kedudukan ketiga Liga Super dengan 32 mata hasil 19 perlawanan.

Sementara itu Neitzel berharap kesebelasan Selangor FC dapat segera bersedia menjelang perlawanan seterusnya dalam usaha memastikan skuad Merah Kuning itu dapat menamatkan saingan musim ini pada kedudukan yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

“Kita sasarkan sembilan mata pada baki tiga perlawanan kita selepas ini, namun ia memerlukan persiapan yang secukupnya,” katanya.