X

Kindly register in order to view this article
!

Sokong hukuman lebih berat ke atas penghina Rasulullah

Armi Irzan ketika berucap sempena himpunan aman berkenaan.
A
A

KUALA TERENGGANU - Cadangan meminda kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) disambut baik seluruh umat Islam.

Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu, Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd berkata, kerajaan dan pihak berkuasa diminta untuk mengenakan hukuman lebih setimpal ke atas penghina agama Islam dan Rasulullah SAW.

"Kita dengar, menteri bertanggungjawab ingin bawa Kanun Keseksaan supaya diadakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menghina Islam.

Sebahagian yang hadir sempena himpunan aman membantah penghinaan ke atas Rasulullah SAW di pekarangan Masjid Mukhtafi Billah Shah, Ladang, di sini, hari ini.
Sebahagian yang hadir sempena himpunan aman membantah penghinaan ke atas Rasulullah SAW di pekarangan Masjid Mukhtafi Billah Shah, Ladang, di sini, hari ini.

"Kita harap cadangan itu dibuat, betul-betul dilaksanakan dan bukan hanya retorik," katanya ketika berucap sempena himpunan aman membantah penghinaan ke atas Rasulullah SAW di perkarangan Masjid Mukhtafi Billah Shah, Ladang di sini, hari ini.

Himpunan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dihadiri kira-kira 1,000 orang yang menuntut supaya tindakan diambil ke atas individu yang menghina Rasulullah SAW dan agama Islam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!