X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Surat tular Bersatu calonkan Azmin Timbalan Perdana Menteri palsu

Kentaraan palsu yang tular kononnya mesyuarat Khas MPT Bersatu mencadangkan Mohamed Azmin sebagai calon Timbalan Perdana Menteri pada Ahad.
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan telah mengeluarkan kenyataan mengenai pencalonan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri sepertimana yang tular di media sosial hari ini.

Pegawai Khas kepada Setiausaha Akhbar kepada Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin, Zulkifli Bujang ketika dihubungi pada Ahad melalui WhatsApp mengesahkan kenyataan yang tular itu adalah palsu.

Antara intipati kenyataan tersebut menyatakan bahawa Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Sabtu yang dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yaasin bahawa Bersatu mencadangkan dan menyokong calon tunggal dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pada Sabtu, Hamzah memberitahu, mesyuarat Khas MPT Bersatu yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara hanya untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli MPT mengenai situasi semasa politik di negara ini.

Mesyuarat tersebut berakhir kira-kira jam 11 malam, selepas dua jam berlangsung.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!