2,363 pelajar miskin Negeri Sembilan terima bantuan BAS

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 2,363 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Sembilan sejak dua tahun lalu.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pada tahun ini pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta untuk dana BAS.

Katanya, dana ini melibatkan pelajar termiskin dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula daripada Darjah Satu sehingga Tingkatan Tiga bagi memastikan tiada anak di negeri ini keciciran sekolah akibat masalah kewangan.

"Setiap pelajar yang layak akan menerima RM50 setiap bulan bagi membantu kebajikan mereka tidak kira dari aspek tambang bas ataupun wang belanja.

"Pada tahun ini, seramai 2,363 orang pelajar telah menerima manfaat daripada inisiatif ini yang diadakan sejak 2019, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 5,411 pelajar," katanya dalam kenyataan di media sosial pada Ahad.

Dana Bantuan Anak Sekolah Negeri Sembilan.
Dana Bantuan Anak Sekolah Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, inisiatif ini adalah salah satu tawaran dalam Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan tujuan meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.

Pada tahun 2019, seramai 1,230 orang murid daripada Darjah Satu sehingga Enam telah mendapat manfaat manakala bagi tahun 2020, seramai 1,818 orang daripada Darjah Satu sehingga Tingkatan Satu telah dibantu.

Artikel Berkaitan: