Penunggang motosikal maut bertembung jentera bomba

Mangsa maut di lokasi kejadian.
Mangsa maut di lokasi kejadian.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan jentera bomba dalam kemalangan di simpang Penjara Sungai Petani kira-kira 2.30 petang tadi.

Mangsa, Farah Hani Haryani Mohd Saleh, 24, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam berkata, siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa Mohd Azrul Asuad Noor Azmi, 37, yang memandu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani hendak ke tempat kebakaran di Taman Keladi.

"Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah motosikal yang datang dari arah Hospital Lama Sungai Petani telah melanggar sebelah kiri jentera bomba semasa kenderaan itu sedang membelok ke kanan untuk menghala ke Taman Keladi dalam keadaan membuka siren.

Jentera bomba yang terlibat kemalangan.
Jentera bomba yang terlibat kemalangan.

"Akibat kemalangan mangsa telah mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian," katanya.

Jentera berkenaan turut dinaiki anggota lain termasuk Muhamad Aslan Yusof, 41 dan Mohamad Shukor Zakaria, 37.

Beliau berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaaan jalan lurus, permukaan jalan baik, rata dan kering.

Artikel Berkaitan:

Akibat kemalangan, jentera bomba mengalami kerosakan di bahagian tepi sebelah kiri manakala motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan.