X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Covid-19: 19,807 kes baharu, Selangor kekal rekod kes tertinggi

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 1,555,093 selepas 19,807 kes baharu dilaporkan pada Ahad.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes harian Covid-19 dalam negara pada Ahad merekodkan sebanyak 19,807 kes, menurun sedikit berbanding 22,262 kes hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 1,555,093 kes.

"Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan jangkitan baharu tertinggi dengan 5,379 kes," katanya melalui laman Twitternya pada Ahad.

Selain Selangor, negeri lain yang turut merekodkan kes jangkitan tinggi ialah Sabah dengan 2,638 kes diikuti Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391) dan Kelantan (1,196).

Selain itu, sebanyak 999 kes direkodkan di Kuala Lumpur, Perak (703), Pahang (598), Melaka (558), Terengganu (534), Negeri Sembilan (508), Perlis (54), Putrajaya (24), dan Labuan (empat).

Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi kenyataannya memaklumkan seramai 1,026 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 496 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau turut memaklumkan kes sembuh mencatatkan sebanyak 18,200 kes menjadikan kumulatif kes sembuh terkini adalah 1,278,670 manakala kes aktif kini 262,255.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 19,807 kes baharu pada Sabtu, sebanyak 343 kes atau 1.7 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 19,464 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

Katanya, secara keseluruhan 16,368 kes atau 82.6 peratus daripada jumlah kes dilaporkan itu tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Mengenai kes kematian baharu, beliau berkata, sebanyak 232 kematian dilaporkan melibatkan 201 warganegara dan 31 bukan warganegara dengan 43 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Mengenai 24 kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 12 daripadanya melibatkan tempat kerja, 11 komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Berdasarkan data terkini, nilai kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (Rt) Malaysia pada Sabtu adalah sebanyak 1.04 dengan negeri yang mencatatkan nilai Rt tertinggi adalah Perlis dan Sarawak iaitu masing-masing 1.31 diikuti Sabah (1.22) dan Pulau Pinang (1.16).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!