X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Lelaki maut tercampak keluar dari kereta

Mangsa maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta.
A
A

CYBERJAYA - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di kilometer P5.1 Lebuhraya Elite, Putrajaya Link di sini pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya Mohamad Rashid Mohamad Said berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian pada jam 9.50 pagi itu, kereta jenis Honda City yang dipandu Ong Ka Hou, 26, terbabas ke bahu kanan lebuh raya sebelum terbakar 100 peratus.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang beralamat di Ulu Yam Baru, Selangor, tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.

"Rakan mangsa yang cedera pula telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba," katanya.

Kereta jenis Honda City dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbakar.
Kereta jenis Honda City dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbakar.

Mohamad Rashid berkata, rakan mangsa yang cedera dan belum dikenal pasti identitinya kerana dokumen pengenalan diri terbakar di dalam kereta itu, telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.

"Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada jam 10.18 pagi dan berjaya mengawal kebakaran pada 11.15 pagi," katanya sambil menambah jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!