X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

'JDT bukan penjara'

Kenyataan Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers.
A
A

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur tindakan penyerang pasukan itu, Syafiq Ahmad yang meluahkan kekecewaan di laman sosial selepas kurang diberikan peluang bermain bersama kelab tersebut.

Titah Tunku Ismail, Syafiq seharusnya datang berjumpa dan berbincang jika tidak berpuas hati dan bukannya menyatakan kekecewaan di laman sosial.

"Ini kelab bola sepak. Bukan kelab kebajikan sosial. Siapa yang berlatih dengan bagus dan bekerja keras, dia akan bermain. Siapa yang tidak, dia tak akan bermain. Tak suka? Pintu adalah terbuka. Ini bukan penjara. 'Simple'.

"Anda sudah sedia maklum mengenai syarat-syarat dan polisi kelab ketika menandatangani JDT. Anda kerap bermain tahun lepas dan tahun sebelum itu tetapi selepas peristiwa pahit, anda sudah berbeza. Kami beri masa, sokongan dan perhatian. Jikalau tidak berpuas hati atau setuju, datang berjumpa. Berkomunikasi, bukan tweet.

"Dalam JDT, siapa yang bekerja keras dalam sesi latihan dan beri persembahan terbaik akan diturunkan. Siapa yang nak cabaran dalam karier dan memenangi kejuaraan, ayuh datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, pergi sertai kelab lain. Tidak ada orang yang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain sendiri," titah Tunku Ismail dalam laman sosial miliknya.

Syafiq telah membuat hantaran di laman Twitter miliknya pada Sabtu dengan menulis 'seronok tengok kawan-kawan main bola' dipercayai sebagai meluahkan perasaanya yang jarang diturunkan bersama skuad Harimau Selatan.

Hantaran itu mendapat perhatian ramai peminat dan juga pemain bola sepak tempatan lain dengan ada yang menyarankan Syafiq berpindah daripada kelab tersebut.

Kali terakhir Syafiq diturunkan adalah ketika beraksi bersama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Nagoya Crampus 4 Julai lalu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut menyelar penyokong yang tidak mengetahui cerita sebenar mengenai perkara tersebut dan terikut dengan sentimen penyokong lain menghentam JDT.

"Para penyokong JDT yang tidak tahu cerita begitu cepat terikut dengan sentimen penyokong lain. Bayangan piala ke-8 dan pencapaian kelab tak dilihat dan hargai. Mereka nak ajar saya menguruskan kelab ini.

"Laman-laman page bola yang kononnya pakar juga sama. ‘Loan’ player? Nak ‘loan’ ke mana jikalau jendela perpindahan sudah ditutup. Jika minit permainan begitu mustahak, pergi sertai PJ City di mana anda akan dapat bermain setiap perlawanan," titah Tunku Ismail.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!