Sila log masuk terlebih dahulu.

Orang munafik gunakan Islam selamatkan diri: Abdul Hadi

Tangkap layar hantaran Abdul Hadi di Facebooknya pada Ahad.
Tangkap layar hantaran Abdul Hadi di Facebooknya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang-orang munafik hanya menjadikan Islam sebagai topeng untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan habuan serta pangkat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, integriti yang dimiliki oleh kumpulan tersebut adalah palsu kerana mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan kepentingan diri termasuk bekerjasama dengan musuh Islam.

Katanya, penyertaan kumpulan itu dalam politik Islam bukanlah berdasarkan keyakinan terhadap agama tetapi bersandar kepada andaian terhadap kemenangan yang bakal dicapai orang Islam.

“Mereka tidak mampu menyembunyikan diri kerana sangat bernafsu rakus untuk mendapatkan habuan kemenangan termasuk berbohong dan memberikan janji palsu.

“Apabila diberikan amanah, mereka melakukan pengkhianatan dengan pelbagai cara apapun. Kerja mereka hanyalah menipu semua orang, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam.

“Apabila golongan munafik berdebat atau berbahas, caranya tidak berakhlak kerana bukanlah bertujuan untuk membuktikan kebenaran tetapi untuk menang semata-mata,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Artikel Berkaitan: