Klopp berang aksi kasar Burnley

Penyerang Liverpool, Sadio Mane (tengah) cuba melepasi kawalan pertahanan Burnley pada perlawanan berkenaan. - Foto Getty Images
Penyerang Liverpool, Sadio Mane (tengah) cuba melepasi kawalan pertahanan Burnley pada perlawanan berkenaan. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp berang terhadap aksi kasar dipamerkan pemain Burnley di sebalik mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas skuad The Clarets itu pada Sabtu.

Menurut Klopp, aksi yang dipamerkan Burnley ternyata agak kasar dan boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara pemain.

Malah Klopp turut mempersoalkan mengenai tindakan pengadil perlawanan yang tidak melayangkan kad kuning kepada pemain Burnley di sebalik 12 kekasaran yang dilakukan mereka pada perlawanan berkenaan.

“Aksi dipamerkan kebanyakan pemain Burnley ibarat seperti menyaksikan perlawanan gusti, dan jika anda menggemari aksi sedemikian lebih baik anda menonton perlawanan gusti sahaja.

“Aksi seperti itu seolah-olah mengulangi aksi yang sering dipamerkan dalam perlawanan bola sepak 10 hingga 15 tahun lalu.

“Diharapkan perkara seperti ini diberikan perhatian serius terutamanya oleh pegawai-pegawai perlawanan sebelum ia menjadi lebih buruk pada masa akan datang,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Liverpool menjaringkan gol menerusi Diogo Jota pada minit ke-18 dan Sadio Mane pada minit ke-69.

Dalam masa sama, Klopp menggesa pengadil perlawanan untuk bertindak lebih tegas dalam membuat keputusan ketika mengendalikan perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

Menurut Klopp, gesaaan itu dibuat dalam usaha melindungi pemain agar tidak mengalami kecederaan akibat daripada menjadi mangsa kepada aksi kasar daripada pihak lawan.

“Saya bukannya ‘pendita’ bagi bola sepak bagi menasihati atau memberitahu apa perlu dilakukan atau tidak pada satu-satu perlawanan.

“Namun, saya perlu menyuarakan perkara ini bagi melindungi keselamatan pemain agar tidak mengalami kecederaan,” katanya.