X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Bekas penjawat awam ditahan cuba seludup 18 PATI

18 PATI cuba diseludup masuk menggunakan tiga buah kenderaan.
A
A

SHAH ALAM - Dua tekong darat termasuk seorang bekas penjawat awam ditahan dalam Ops Seludup kerana menyeludup 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor pada Jumaat.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pasukan operasi mendapat maklumat sekumpulan migran diseludup dijangka mendarat di Pantai Tanjung Lompat antara jam 3 pagi hingga 5 pagi. Pasukan operasi berjaya memintas kenderaan yang membawa migran tersebut.

Imigresen dengan bantuan ATM berjaya memintas tiga buah kenderaan yang membawa 18 orang PATI.
Imigresen dengan bantuan ATM berjaya memintas tiga buah kenderaan yang membawa 18 orang PATI.

“Dua orang tekong ditahan melibatkan seorang lelaki bekas penjawat awam berusia 33 tahun dan warganegara Indonesia berusia 35 tahun manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Dzaimee, sindiket yang dipercayai bergiat aktif sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu itu cuba menyeludup masuk 18 PATI dari Indonesia menggunakan tiga buah kenderaan.

“Modus operandi sindiket ialah menjalin kerjasama dengan tekong laut yang menyeludup migran dari negara jiran dan mendarat di pantai sekitar negeri Johor. Tekong darat akan menyediakan pengangkutan sebelum diagihkan kepada majikan," katanya.

Mengulas lanjut, Dzaimee berkata, ketiga-tiga kenderaan yang digunakan untuk membawa PATI tersebut turut disita dan dianggarkan bernilai sekitar RM130,000.

Antara yang ditahan oleh imigresen dalam Ops Seludup di Johor.
Antara yang ditahan oleh imigresen dalam Ops Seludup di Johor.

Tambah beliau, mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 atas kesalahan menyeludup migran.

“Kesemua 18 migran disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa pas yang sah,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!