X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Unjuran ekonomi Johor berkembang tiga hingga lima peratus

HASNI
A
A

ISKANDAR PUTERI - Johor mencatatkan unjuran ekonomi sebanyak tiga hingga lima peratus pada tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, unjuran itu berdasarkan unjuran di peringkat nasional yang dikemas kini Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu tiga hingga empat peratus.

Beliau berkata, ekonomi Johor pada tahun ini kekal pada landasan pemulihan meskipun prestasi ekonomi pada tahun lalu ialah sebanyak 4.6 peratus.

"Berdasarkan penyata kewangan pada 17 Ogos 202, kedudukan kewangan negeri Johor adalah pada tahap stabil dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan (Rizab Negeri) berjumlah RM1.38 bilion.

"Prestasi hasil kerajaan negeri yang telah dikutip sehingga 17 Ogos 2021 ialah sebanyak RM 1.05 bilion atau 65.29 peratus berbanding anggaran asal.

"Bagi prestasi perbelanjaan mengurus pula sebanyak RM865.80 juta atau 46.62 peratus. Prestasi perbelanjaan menunjukkan peningkatan sebanyak RM68.10 juta berbanding perbelanjaan pada tarikh sama pada tahun lalu," katanya ketika menjawab soalan berkaitan prestasi ekonomi Johor pada sesi soalan lisan Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di sini pada Ahad.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, bagi prestasi perbelanjaan pembangunan pula, ia mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu.

Katanya, jumlah dicatatkan ialah 255.28 juta daripada keseluruhan peruntukan pembangunan berjumlah RM850 juta pada tahun ini.

"Berdasarkan kepada prestasi tersebut, kedudukan kewangan negeri Johor ketika ini berada pada kedudukan surplus dengan lebihan berjumlah RM184.72," jelas beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!