Johor benar buka 11 sektor

Kedai cuci kenderaan antara 11 sektor ekonomi dibuka di Johor selaras ketetapan terbaru bagi negeri-negeri di bawah Fasa 1 PPN.
Kedai cuci kenderaan antara 11 sektor ekonomi dibuka di Johor selaras ketetapan terbaru bagi negeri-negeri di bawah Fasa 1 PPN.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor membenarkan 11 sektor ekonomi dibuka selaras ketetapan terbaru bagi negeri-negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil berkata, keputusan itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa Jumaat.

Menurunya, antara 11 jenis itu ialah cuci kenderaan, kedai elektrik dan elektronik, barangan rumah dan peralatan dapur, perabot dan aksesori kenderaan.

"Kesemua sektor berkenaan dibenarkan beroperasi dengan syarat pemilik premis perlu memastikan pelanggan membuktikan mereka telah menerima vaksin lengkap," katanya dalam satu kenyataan pada malam Sabtu.

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Johor pada Jumaat juga membenarkan sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian beroperasi di seluruh Johor.

Jelasnya, ini berpandukan SOP ditetapkan MKN serta memastikan kapasiti pengoperasian bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja.

"Selain itu, Ujian RTK Antigen ke atas pekerja perlu dilaksanakan setiap dua minggu dengan kos ditanggung majikan dan majikan perlu mengisytihar kadar vaksinasi lengkap pekerja melalui Sistem CIMS 3.0," katanya.

Sehubungan itu, Ayub berharap semua peniaga dan pelanggan mematuhi SOP ditetapkan di samping berjaga-jaga dan berusaha membendung pandemik Covid-19 di negeri ini.

Artikel Berkaitan: