X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Empat lelaki ditahan edar dadah lebih RM100,000

A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lelaki kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dalam Ops Limestone semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 34 hingga 49 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan dan pemeriksaan di Taman City, Sentul, Taman Mastiara, Jinjang dan Jalan Klang Lama, Brickfields serta Taman Wangsa Permai hasil risikan selama tiga minggu ke atas sindiket terbabit.

"Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.

"Seorang daripada empat suspek yang ditahan positif dadah dan keempat-empat mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, selain merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM100,000, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max dan sebuah Proton Persona dalam siri serbuan berkenaan.

Sahar berkata jumlah keseluruhan rampasan dadah itu mampu menampung penggunaan 9,466 pengguna dan Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!