X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Muhyiddin beri sokongan penuh kepada Ismail Sabri

Muhyiddin (kanan) terima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya pada petang Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang baharu dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu.

Muhyiddin pada masa sama turut berjanji akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara ketika ini.

"Saya telah menerima kunjungan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman saya petang tadi.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri," katanya menerusi catatan di Facebooknya pada Sabtu.

Tambahnya, beliau turut mendoakan agar Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan seterusnya mengemudi negara ke mercu kejayaan.

Pada Sabtu, Ismail Sabri secara rasmi diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada jam 2.30 petang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!