X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Janji gerakan Taliban

Delegasi Taliban bertemu dengan wakil pemerintah Afghanistan pada awal minggu lalu. - Foto AFP
A
A

KABUL - Taliban akan bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang dibuat dan menyiasat segala laporan yang melibatkan anggotanya.

Kenyataan itu dikeluarkan jurucakap gerakan itu pada Sabtu selepas kebimbangan semakin meningkat jika ia masih mengekalkan cara pemerintahan ultrakonservatif sebelum digulingkan pada 2001.

“Kami ada menerima aduan tentang beberapa insiden membabitkan orang awam. Jika Talib (anggota gerakan) itu terlibat, mereka akan disiasat.

“Kami faham perasaan bercampur baur termasuk panik dan takut dengan kebangkitan semula kumpulan ini. Kali ini, kami akan mengambil tanggungjawab atas setiap tindakan dan tidak akan lepas tangan,” tegasnya.

Menurutnya lagi, mereka kini merancang untuk menyediakan model baharu pemerintahan Afghanistan yang bakal menyaksikan pakar agama, dasar undang-undang dan dasar luar Taliban dijangka membentangkan kerangka pentadbiran baharu itu dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Kerangka baharu itu bukan mengikut definisi demokrasi Barat. Ia akan melindungi hak semua orang,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, pengasas bersama gerakan itu, Mullah Abdul Ghani Baradar dilaporkan tiba di Kabul untuk menyertai rundingan mengenai penubuhan kerajaan ‘inklusif’ seperti diuar-uarkan sebelum ini.

Pada Selasa lalu, Baradar kembali semula ke negara itu dari Qatar dan memilih untuk mendarat di Kandahar yang merupakan bandar kelahiran gerakan tersebut selepas Taliban kembali berkuasa. Ketika ini, beberapa anggota rangkaian Haqqani dan pemimpin mereka turut dilihat berada di Kabul sejak beberapa hari lalu. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!