Tiada individu, kumpulan terlibat perhimpunan dikesan

Tiada individu atau kumpulan yang terlibat dalam perhimpunan #Lawan dikesan di sekitar Dataran Merdeka
Tiada individu atau kumpulan yang terlibat dalam perhimpunan #Lawan dikesan di sekitar Dataran Merdeka
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada individu atau kumpulan yang terlibat dengan perhimpunan #Lawan dikesan di sekitar ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya melancarkan penugasan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu.

"Polis Dang Wangi telah melaksanakan penutupan laluan di 15 lokasi yang menghala ke Dataran Merdeka. Pasukan pematuhan telah digerakkan ke lokasi tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai.

"Tindakan itu diambil untuk mencegah mana-mana kumpulan atau individu yang dikhuatiri akan mengambil peluang untuk mengadakan perhimpunan yang jelas melanggar SOP," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Artikel Berkaitan: