Covid-19: Thailand catat 20,571 kes baharu, 261 kematian

Thailand melaporkan 20,571 kes baharu Covid-19 dan 261 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 1,030, 281 serta korban seramai 9,087. - Gambar hiasan
Thailand melaporkan 20,571 kes baharu Covid-19 dan 261 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 1,030, 281 serta korban seramai 9,087. - Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK - Thailand melaporkan 20,571 kes baharu Covid-19 dan 261 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 1,030, 281 serta korban seramai 9,087.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dalam satu kenyataan memaklumkan kes baharu itu termasuk 20,557 penularan tempatan dan 14 kes import.

Seramai 202,230 pesakit masih dirawat di hospital termasuk 5,171 dalam keadaan kritikal dan 1,123 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes kematian baharu melibatkan 139 lelaki dan 122 wanita berusia antara 15 hingga 109 tahun termasuk enam warga Myanmar, dua Kemboja, masing-masing seorang warga Laos, China dan Belgium.

"Kira-kira 67 peratus kematian melibatkan mereka berusia 60 tahun atau lebih, 21 peratus yang ada masalah kesihatan dan 12 peratus tidak mempunyai sejarah penyakit," menurut kenyataan itu.

Bangkok kekal mendahului senarai dengan 4,342 kes baharu dan 88 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: