Pekerja binaan maut tertimbus cerun runtuh

Bomba menjalankan kerja-mengeluarkan mangsa.
Bomba menjalankan kerja-mengeluarkan mangsa.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pekerja tapak pembinaan maut akibat dihempap penahan cerun yang runtuh di Flora Damansara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhruddin Abdul Hamid berkata, mangsa dipercayai maut akibat tertimbus di bawah runtuhan cerun.

"Siasatan awal pihak polis mendapati tempat kejadian merupakan tapak pembinaan kondominium yang telah mencecah 40 peratus siap.

"Mangsa seorang warga asing berusia 40 tahun, merupakan pemandu long reach excavator tersepit di dalam dek akibat dihempap konkrit yang runtuh semasa kerja pembersihan dan penambakan tanah sekitar jam 12.20 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Fakhruddin, pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa namun disahkan mati ditempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

"Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut. Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sehubungan itu, menurut beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

Artikel Berkaitan: