Portal Sinar Harian No.1 di Malaysia

A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian Online kembali menduduki carta portal nombor satu di Malaysia berdasarkan statistik terbaru kategori berita dan maklumat dikeluarkan firma pengukur dunia digital, ComScore Inc.

Menurut ComScore, Sinar Harian Online mencatatkan 5.16 juta Pengunjung Unik (UV) untuk mobile dan desktop sepanjang Oktober 2018.

Daripada jumlah tersebut, pelayar mobile merupakan penyumbang terbesar bacaan tersebut dengan 4.91 juta Pengunjung Unik manakala desktop mencatatkan 439,400 Pengunjung Unik.

Sementara itu, bacaan di Google Analytics turut merekodkan peningkatan yang didorong oleh kehadiran, Pengunjung Unik baharu sebanyak 5.9 juta dan bilangan Pengunjung Unik sebanyak 9 juta dengan jumlah Pageview 77.3 juta.

Selain itu, portal ke-2 popular ialah Berita Harian Online dengan jumlah Pengunjung Unik 4.31 juta diikuti Harian Metro Online 3.95 juta Pengunjung Unik seterusnya menempah tempat ketiga.

index
index

Turut tersenarai, The Star Online menduduki tempat keempat dengan jumlah Pengunjung Unik sebanyak 3.87 juta, manakala Oriental Daily Online sebanyak 3.62 juta.

Pengarang Eksekutif Digital, Ruzy Adila Idris berkata, portal Sinar Harian Online sentiasa menjadi pilihan pelayar dalam mendapatkan berita terkini terutama politik, komuniti dan hal-hal yang berkaitan kepentingan negara.

“Kami mempunyai kekuatan tersendiri dalam pemberitaan terutama menerusi program Wacana, Sinar Live dan Bicara Minda yang mana laporan berita ini diperoleh secara eksklusif.

"Malahan dengan tim media sosial yang baharu diwujudkan diharap dapat memberi rencah baharu dalam dunia pemberitaan,” katanya.

Menurutnya, selepas penstrukturan semula sejak awal tahun lalu, Sinar Harian Online menggunakan mekanisme tersendiri dalam memastikan corak laporan lain daripada portal pesaing.

Malahan, poster direka khas sebagai ringkasan berita dan Inforgrafik di Instagram seringkali menjadi viral dan dikongsi jutaan pelayar.

Sinar Harian Online boleh diakses di www.sinarharian.com.my atau http://www.sinarharian.com.my/mobile/, http://www.facebook.com/SinarHarian, https://twitter.com/SinarOnline dan juga https://instagram.com/sinarharian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Online nombor 1 lagi]

[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Online kembali ungguli tangga no.1]

[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Online dahului carta atasi BH, HMetro]

TERIMA KASIH PEMBACA!