X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

PDRM ucap tahniah kepada Perdana Menteri ke-9

Acryl Sani
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan terus komited menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga keamanan negara.

"PDRM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"PDRM akan kekal komited memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan masyarakat serta negara di bawah kepimpinan Datuk Seri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelantikan tersebut selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan berkenaan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan pada jam 2.28 petang di Istana Negara pada Sabtu.

Naib Presiden UMNO itu mendapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat berdasarkan surat akaun yang diterima Seri Paduka Baginda dan cukup untuk membentuk kerajaan baharu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!