Zahid turun himpunan bantah hina Nabi

Ahmad Zahid hadir memberikan sokongan di Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam di Masjid Negara, hari ini. - Foto Facebook Ahmad Zahid
Ahmad Zahid hadir memberikan sokongan di Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam di Masjid Negara, hari ini. - Foto Facebook Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin yang turun memberikan sokongan di Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam di Masjid Negara, hari ini.

Kehadiran beliau diumumkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi ketika beliau berucap di hadapan peserta himpunan.

"Walaupun beliau (Ahmad Zahid) bercuti tetapi kerana penghinaan begitu rupa terhadap Nabi kita, beliau sanggup bersama-sama dengan kita," katanya.

No Image Caption

Ahmad Zahid yang berbaju putih bagaimanapun tidak memberi ucapan dan hanya berdiri bersama peserta-peserta lain.

Himpunan itu dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW, menuntut keadilan dalam kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim serta bantahan kepada pemansuhan hukuman mati.

Selain dihadiri pemimpin UMNO dan Pas, ia turut mendapat sokongan lebih 10 NGO.

Artikel Berkaitan: