Raja Muda Kedah berkenan tinjau kesan kepala air

Tunku Sarafudin Badlishah (kanan) meninjau keadaan Pusat Rekreasi Titi Hayun, dekat sini pada Sabtu. Turut kelihatan, Ammar (kiri).
Tunku Sarafudin Badlishah (kanan) meninjau keadaan Pusat Rekreasi Titi Hayun, dekat sini pada Sabtu. Turut kelihatan, Ammar (kiri).
A
A
A

YAN - Raja Muda Kedah, Tunku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan meninjau keadaan dan kesan fenomena kepala air di Pusat Rekreasi Titi Hayun dan Seri Perigi, di sini pada jam 9.45 pagi Sabtu.

Baginda menerima taklimat daripada Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah di Dewan D’Yan Chalet berhubung operasi dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan sejak Rabu lalu bagi membantu penduduk setempat.

Tunku Sarafudin Badlishah kemudiannya meninjau kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat fenomena itu seperti di sekitar Titi Hayun dan Alang Kenari Chalet.

Baginda turut berkenan berangkat ke Seri Perigi sebelum singgah di Kampung Manggis untuk menyampaikan sumbangan Baitulmal kepada penduduk yang terjejas disebabkan oleh bencana alam itu.

Dalam kejadian pada malam Rabu lalu, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai dan taman perumahan di bandar Yan serta Gurun dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku menyebabkan kawasan berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Setakat ini, tragedi tersebut telah meragut empat nyawa manakala dua lagi dilaporkan masih hilang.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim

Artikel Berkaitan: