Covid-19 catat 22,262 kes positif hari ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes harian Covid-19 dalam negara pada Sabtu merekodkan 22,262 kes, menurun sedikit berbanding 23,564 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkat,a perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 1,535,286 kes.

Selangor terus menjadi negeri dengan jangkitan baharu tertinggi dengan 7,011 kes, katanya di laman Twitternya.

Selain Selangor, negeri lain yang turut merekodkan kes jangkitan tinggi ialah Sabah dengan 2,651 kes diikuti Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459) dan Kuala Lumpur (1,220).

Sementara itu, sebanyak 1,039 kes direkodkan di Kelantan, Perak (946), Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495), Negeri Sembilan (405), Putrajaya (41), Perlis (38) dan Labuan (sembilan). - Bernama

Artikel Berkaitan: