Sila log masuk terlebih dahulu.

Remaja maut motosikal bergesel motosikal rakan

No Image Caption
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal rakannya di Kilometer 26.5 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah di sini pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan yang melibatkan tiga motosikal pada jam 11.40 malam.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika remaja lelaki berumur 18 hingga 25 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Senai menghala ke Gelang Patah.

"Setibanya di lokasi kejadian mangsa bersama-sama dua lagi rakannya telah bergesel sesama sendiri lalu hilang kawalan dan terbabas," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian.

"Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: