Berniaga sambil berinfak, bantu masyarakat

Sarina (kanan) menyampaikan Kotak Rezeki produk Makcun kepada Marawaty yang mewakili Rumah Ngaji.
Sarina (kanan) menyampaikan Kotak Rezeki produk Makcun kepada Marawaty yang mewakili Rumah Ngaji.
A
A
A

SHAH ALAM - Mencari rezeki sambil beramal menjadi pendorong ejen produk Makcun, Sarina Mohd Som, 43, untuk mengetengahkan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Beliau telah menyerahkan 20 kotak Kotak Rezeki produk Makcun kepada wakil Rumah Ngaji, Marawaty Abdul Haris untuk diagihkan kepada golongan asnaf di pejabat Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), di sini untuk 20 Ogos lalu

“Saya menyampaikan hajat tujuh penginfak yang namanya ingin dirahsiakan untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di bawah Rumah Ngaji.

“Berinfak dan berkongsi rezeki menjadi nilai mulia dalam membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Saya menggabungkan nilai kebajikan dan keusahawanan dalam mempromosikan produk Makcun yang saya ketengahkan.

“Saya rasa gembira menjadi penghubung antara penginfak dan penerima dalam menyampaikan produk Makcun. Sejak awal bulan ini, kotak rezeki telah disampaikan kepada tiga badan bukan kerajaan (NGO) dan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Sementara itu, Marawaty mewakili Rumah Ngaji mengucapkan penghargaan kepada para penginfak yang sudi menyalurkan sumbangan Kotak Rezeki.

“Pihak WUIF melalui Rumah Ngaji akan mengagihkan Kotak Rezeki kepada golongan yang memerlukan. Sumbangan tersebut dapat berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturrahim.”

Sarina yang pernah berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama 23 tahun di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd dan Sinar Harian mengambil langkah berani untuk menceburi bidang perniagaan.

Artikel Berkaitan:

“Pertengahan Julai lalu, saya menyertai Program Realiti TV3, MakCun, Zerotoceotv3. Saya menceburi perniagaan tersebut tanpa ilmu dan pengalaman, tapi berbekalkan keberanian untuk mengubah hidup saya untuk berjaya.

“Tidak dinafikan, saya pernah hampir putus asa. Tapi mengenangkan emak dan keluarga, mereka menjadi sumber kekuatan saya, di samping sokongan kalangan rakan, teman artis dan kenalan saya.”

“Selain itu, semangat juang saya dalam berniaga ini kerana ingin membantu produk IKS di bawah jenama Makcun ke dalam pasaran. Kita perlu kreatif dalam berniaga. Ini termasuk memanfaatkan platform media sosial untuk membawa misi berniaga sambil berinfak,” katanya.

Untuk sertai program berinfak Kotak Rezeki, boleh layari Facebook Sarina Mohd Som.