Lebih 500 sertai Himpunan Rakyat di JB

Sebahagian orang ramai yang hadir pada himpunan itu mesekipun di bawah cuaca panas.
Sebahagian orang ramai yang hadir pada himpunan itu mesekipun di bawah cuaca panas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 500 umat Islam di sekitar bandar raya ini berhimpun di Masjid Jamek Bandar Baru Uda di sini, untuk memberi sokongan kepada Himpunan Rakyat Jangan Hina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang dianjurkan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda Pas Malaysia itu diadakan bagi menuntut keadilan kepada isu penghinaan Rasullullah Nabi Muhammad SAW di laman sosial baru-baru ini.

Antara lain, tuntutan yang mahu dibangkitkan pada himpunan itu adalah peletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Senator P Waytha Moorthy.

Salah seorang peserta memegang kertas bantahan pada himpunan itu.
Salah seorang peserta memegang kertas bantahan pada himpunan itu.

Perkara itu berikutan dakwaan pihak berkenaan yang melihat kedua-dua figura pimpinan negara itu gagal menjalankan tugas masing-masing dalam mengekalkan kesejahteraan dan martabat Islam di Malaysia.

Majlis diadakan sejurus selesai solat Jumaat di masjid berkenaan yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Johor Johor, Juwahir Amin dan Ketua Umno Johor, Mohd Hairi Md Shah.

Turut memberikan sokongan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) negeri terdiri daripada Dewan Muda Johor dan Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Peserta wanita turut mengambil bahagian.
Peserta wanita turut mengambil bahagian.