Serangan bom kereta di utara Iraq ragut satu nyawa

Serangan di bandar Mosul dipercayai didalangi kumpulan militan Daesh.
Serangan di bandar Mosul dipercayai didalangi kumpulan militan Daesh.
A
A
A

BAGHDAD - IRAQ. Serangan bom kereta di bandar Mosul semalam meragut sekurang-kurangnya satu nyawa.

Kementerian Pertahanan Iraq dalam satu kenyataan berkata, 14 orang lagi cedera dalam serangan itu.

Saksi berkata, sebuah kereta dipercayai sarat muatan bom meletup di sebuah jalan raya utama di bahagian timur bandar berkenaan.

Serangan dipercayai dilakukan anggota kumpulan militan Daesh dan siasatan menyeluruh sedang dilakukan. - Anadolu

Artikel Berkaitan: