Integriti mampu tolak jenayah rasuah

Full length of three girls holding Malaysia flag
Full length of three girls holding Malaysia flag
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap individu perlu ada sikap integriti dan mematuhi undang-undang termasuklah menolak sebarang unsur rasuah.

Khairunnisa Mardhiah
Khairunnisa Mardhiah

Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, Khairunnisa Mardhiah Mat Derus menegaskan, amalan rasuah tidak akan berlaku jika semua pihak mengamalkan sikap tersebut.

“Atas sebab itulah, generasi muda dan anak-anak harus didik sejak kecil bagi memupuk rasa benci terhadap gejala rasuah dalam masyarakat tersebut,” katanya.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga, kata beliau, perlu giat menjalankan operasi dan program-program kesedaran melibatkan rakyat berhubung rasuah terutama dalam bidang berpotensi seperti sektor kewangan, perkhidmatan dan penguatkuasaan.

Kata Khairunnisa, agak malang di negara ini rasuah sudah berakar umbi sehingga ia mengganggu gugat keharmonian negara.

“Rasuah berlaku apabila individu itu merasakan dirinya tertindas, lalu dia melakukan jenayah tersebut semata-mata mahu mencapai matlamat peribadi,” katanya.

Artikel Berkaitan: