Sila log masuk terlebih dahulu.

DAP mahu Ismail Sabri baiki kegagalan, kesilapan tangani Covid-19

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

SHAH ALAM - DAP mahu Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meletakkan keutamaan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia dan memperbaiki kegagalan serta kesilapan dalam memerangi pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Ismail Sabri juga digesa membantu rakyat Malaysia iaitu menyelamatkan pekerjaan, perniagaan selain mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan.

“DAP mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia.

“Tugas utama Ismail Sabri adalah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia, memperbaiki kegagalan dan kesilapan dalam memerangi pandemik Covid-19. Membantu rakyat Malaysia untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan serta mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan,” katanya menerusi satu ciapan menerusi akaun Twitternya pada Jumaat.

Tambah Guan Eng, Ismail Sabri perlu sedar bahawa beliau adalah Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Oleh itu, beliau perlu berkhidmat dan melindungi kepentingan setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang," ujarnya.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Artikel Berkaitan: