X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Gangguan perkhidmatan LRT disebabkan pencerobohan landasan

A
A

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd mengesahkan berlaku gangguan perkhidmatan dari Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul Timur ke Stesen LRT Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) pada petang Jumaat.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Laluan LRT Ampang Sri Petaling mengalami gangguan perkhidmatan disebabkan kejadian pencerobohan landasan dan kematian seorang wanita akibat digilis kira-kira jam 4.45 petang.

"Perkhidmatan di laluan LRT Ampang/Sri Petaling dari stesen LRT Putra Heights yang menuju ke stesen LRT Ampang sudah kembali beroperasi seperti biasa.

"Kejadian tersebut berikutan seorang penceroboh wanita yang masih belum dapat dikenalpasti serta tidak dapat diselamatkan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, susulan kejadian Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Balai Bomba dan Penyelamat dari Sentul, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan anggota Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) turut berada di lokasi ketika kejadian.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke HKL untuk tindakan lanjut.

"Kami memohon maaf kepada semua penumpang disebabkan gangguan perkhidmatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut digilis LRT

Menurutnya, orang ramai diminta berhenti berkongsi gambar kejadian bagi menghormati mangsa dan mengelakkan sebarang spekulasi mengenai motif pencerobohan trek itu.

“Rapid KL memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan menyeluruh dilakukan.

"Kami juga sedang memulakan kerja-kerja audit menyeluruh mengenai langkah-langkah keselamatan stesen untuk meminimumkan risiko kejadian seperti ini pada masa hadapan,” katanya.

Pada petang Jumaat, seorang wanita maut dipercayai digilis kereta api transit aliran ringan (LRT) di landasan LRT Sentul Timur di sini pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, identiti mangsa bagaimanapun belum dapat dikenalpasti.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!