28 pemain dipanggil sertai kem latihan skuad bola sepak wanita

Jacob akan mengumpulkan barisan pemainnya untuk menjalani latihan berpusat di Wisma FAM pada Sabtu.
Jacob akan mengumpulkan barisan pemainnya untuk menjalani latihan berpusat di Wisma FAM pada Sabtu.
A
A
A

SERAMAI 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan skuad bola sepak wanita kebangsaan menjelang dua aksi getir Malaysia pada saingan Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin bulan depan.

Namun apa yang menarik, lapan pemain dalam senarai itu merupakan pemain berusia 20 tahun ke bawah dengan lima pemain berumur 18 tahun, manakala selebihnya berusia 19 tahun sekali gus bakal memberi saingan lebih sihat untuk perebutan slot dalam pasukan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan kem latihan tersebut yang bermula Sabtu akan menggunakan pendekatan kuarantin sebagai langkah membendung penularan pandemik Covid-19.

Skuad bimbingan ketua jurulatih Jacob Joseph itu dijadualkan menjalani latihan berpusat di Wisma FAM selama seminggu sebelum meneruskan latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dan akan berlepas ke Palestin pada 15 September ini.

Sementara itu, pada saingan kelayakan Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H akan menentang Palestin dan Thailand, masing-masing pada 19 dan 25 September depan.

Senarai pemain:

Jessica Susanne Mailu (21), Olevia Olga Sabrinus (20), Eva Olivianie Antinus (20), Mira Fazliana Aidi (28), Malini Nordin (36), Nur Farishah Erinna Hisham (21), Norshahira Suhaime (20), Nur Faiqah Safira Mohamad Farid (20), Lee Xin Yi Andrea (20), Asma Junaidi (29), Nurul Azurin Mazlan (20), Alice Mic Micheal (21), Dadree Rofinus (31), Puteri Noralisa Wilkinson (26), Pedrolia Martin Sikayun (29), Jaciah Jumilis (30), Ji Fedalliah Claritta Jaimin (25), Henrietta Justine (19), Siti Nurfaizah Saidin (19), Nuralyaa Natasha Zulkefli (18), Waitie Taming (18), Nurul Arliana Nabila Mohamad Ramadhan (18), Nurfatin Rozani (18), Flori Ivy Angel Jobindang (19), Hellma Emly Joinin (18) Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh (33), Nur Lyana Soberi (22) dan Nor Saema Che Tengah (33).

Artikel Berkaitan: