X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Jawatan TPM wajar dipertimbangkan untuk pemimpin Sarawak: STAR

Jeffrey
A
A

KOTA KINABALU - Jawatan Timbalan Perdana Menteri wajar dipertimbangkan untuk pemimpin dari Sarawak.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, negeri itu banyak menyumbang jumlah sokongan pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

"Ya mungkin, kenapa tidak. Sarawak banyak menyumbang kepada kestabilan ini dan pemilihan calon Perdana Menteri.

"Jadi kita harap perkara ini diberikan pertimbangan yang sewajarnya," katanya ketika ditanya pemberita jika Sabah dan Sarawak diberikan peluang untuk menjawat jawatan nombor dua negara.

Bagaimanapun, ditanya berhubung siapa yang dinamakan sebagai calon, Jeffrey memaklumkan ia bukan perkara penting baginya.

"Tidak penting bagi saya. Seperti yang saya kata, Sabah dan Sarawak tetapi kemungkinan besar Sarawak untuk suarakan perkara ini," katanya.

Sebelum itu, 18 ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menyumbang sokongan kepada pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!