Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiga senator AS dijangkiti Covid-19

Gambar dari kiri: Roger Wicker - Foto Twitter, Angus King, John Hickenlooper - Foto AP
Gambar dari kiri: Roger Wicker - Foto Twitter, Angus King, John Hickenlooper - Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - Tiga senator Amerika Syarikat (AS) dari pelbagai parti politik disahkan dijangkiti dengan Covid-19 pada Khamis.

Wakil-wakil rakyat itu yang telah divaksinasikan adalah antara 71 anggota Kongres yang disenaraikan menjalani ujian saringan pandemik tersebut sejak permulaan tahun lalu, menurut Kumpulan GocTrack.

Senator John Hickenlooper, 69, daripada parti Demokrat dari Colorado, mengaku beliau positif Covid-19 dan akan mengasingkan diri seperti yang diarahkan oleh doktor.

Dalam pada itu, Senator Roger Wicker, 70, daripada parti Republikan turut diuji positif pada awal Khamis selepas mengambil ujian saringan selepas beliau menunjukkan simpton-simptom Covid-19.

Wicker kini dirawat oleh doktor di negeri Mississippi yang menduduki tangga ke-10 kadar jangkitan di AS.

Sementara itu Pejabat Senator Angus King, 77, turut mengumumkan bahawa beliau diuji positif Covid-19 di Maine.

Beliau yang merupakan senator Bebas dari Maine menjalani ujian saringan selepas berasa tidak sihat pada pagi Khamis. - Agensi

Artikel Berkaitan: