Carilamat nelayan dipanah petir ditamatkan

Op Carilamat selama tiga hari gagal menemui petunjuk berhubung mangsa yang masih hilang selepas dipanah petir di perairan Pulau Dinawan, Kinarut.
Op Carilamat selama tiga hari gagal menemui petunjuk berhubung mangsa yang masih hilang selepas dipanah petir di perairan Pulau Dinawan, Kinarut.
A
A
A

PAPAR - Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) seorang nelayan yang hilang selepas disambar petir ditamatkan susulan tiada sebarang petunjuk ditemui selama tiga hari pencarian di perairan Pulau Dinawan, Kinarut.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa Mohd Nasir Abdul Nasir, 62, bersama anaknya, Abdullah, 20, keluar memancing namun dilaporkan hilang selepas dipanah petir.

Bagaimanapun, mayat Abdullah ditemui terapung oleh nelayan tempatan manakala mangsa sehingga kini belum ditemui walaupun usaha mengesan telah dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pencarian diperluaskan hingga 118 batu nautika persegi melibatkan sebuah helikopter, enam bot dan sebuah jet ski,

"Op Carilamat mangsa ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi berikutan tiada sebarang petunjuk positif berkaitan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun, Mohd Rosli berkata, aset Maritim Malaysia yang dalam rondaan rutin akan meneruskan pengesanan dan pemantauan di kawasan pencarian mangsa.

Artikel Berkaitan: