Militan serang pusat rawatan Ebola di Congo

Seorang anggota polis berkawal di.luar pusat rawatan Ebola di bandar Beni.
Seorang anggota polis berkawal di.luar pusat rawatan Ebola di bandar Beni.
A
A
A

KINSHASA - CONGO . Kementerian Kesihatan mengesahkan sebuah pusat rawatan Ebola di timur Congo terbakar selepas penyerang bersenjata melepaskan tembakan ke arah kemudahan itu, semalam.

Identiti dan motif serangan masih belum dapat dipastikan.

Kementerian dalam kenyataannya berkata, ketika kejadian terdapat 38 pesakit disyaki dijangkiti Ebola dan 12 lagi disahkan positif, berada di pusat rawatan terbabit.

Empat pesakit positif Ebola melarikan diri dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Ia menambah, tiada pesakit dan petugas kesihatan dilaporkan cedera.

Serangan di bandar Butembo itu adalah kejadian kedua, sebelum ini pada Ahad penyerang tidak dikenali menyerang pusat rawatan di bandar Katwa, meragut nyawa seorang jururawat. - Agensi

Artikel Berkaitan: