Covid-19: 233 kes kematian hari ini

Kes kematian di rumah atau di luar hospital melibatkan individu yang dijangkiti Covid-19 meningkat hari ini. - Foto Bernama
Kes kematian di rumah atau di luar hospital melibatkan individu yang dijangkiti Covid-19 meningkat hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- Sebanyak 233 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Jumaat, membabitkan 199 rakyat tempatan dan 34 warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) kembali meningkat kepada 60.

Ia melibatkan 44 warganegara dan 16 warga asing.

Menurutnya, kes sembuh terus mencatat peningkatan yang baik dengan pertambahan 21,448 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya, 1,241,894 kes.

Sementara itu, 38 kluster baharu dikenalpasti yang terdiri daripada 22 kluster tempat kerja dan 14 kluster komuniti.

Turut dikenalpasti, masing-masing satu kluster pendidikan lain dan pendidik swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Jumlah keseluruhan kluster yang telah dikesan adalah 4,386 dan 2,964 telah diisytiharkan tamat.

"Bakinya, 1,422 lagi masih aktif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, terdapat 257,417 kes aktif di seluruh negara iaitu 1,062 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Seramai 518 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Terdahulu angka kes positif Covid-19 melepasi 23,000 apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 23,564 individu positif Covid-19 pada Jumaat.

Jumlah itu merupakan kes tertinggi selama tiga hari berturut-turut direkodkan sejak Rabu.

Sarawak negeri terbaharu melaporkan kes melebihi 2,000 iaitu (2,548), selepas Sabah (2,738) dan Selangor (6,974).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!