Ringgit ditutup lemah berbanding dolar AS

Ringgit mengakhiri minggu ini dengan lebih rendah berbanding dolar AS selepas negara terus merekodkan peningkatan kes Covid-19, selain daripada kejatuhan harga minyak.
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan lebih rendah berbanding dolar AS selepas negara terus merekodkan peningkatan kes Covid-19, selain daripada kejatuhan harga minyak.
A
A
A

RINGGIT mengakhiri minggu ini dengan lebih rendah berbanding dolar AS selepas negara terus merekodkan peningkatan kes Covid-19, selain daripada kejatuhan harga minyak, menurut seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.2380/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2355/ 2400 yang dicatatkan semalam.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 23,564 kes Covid-19 yang memecahkan rekod sebelum ini dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah jangkitan kumulatif kepada 1,513,024 kes.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata ringgit melemah berbanding dolar AS hari ini berikutan penurunan harga minyak.

Penanda aras harga minyak mentah Brent susut 0.53 peratus kepada AS$66.10 (RM280.10) setong.

“Tambahan pula, dolar AS berada pada kedudukan tertinggi dalam tempoh sembilan setengah bulan, petunjuk bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin akan memulakan pemotongan aset pada 2021,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Istana Negara mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu setelah mendapat sokongan daripada 114 Anggota Parlimen.

Upacara mengangkat sumpah untuk perdana menteri baru dijadualkan pada 2.30 petang esok.

Artikel Berkaitan:

Pada penutup, ringgit didagangkan bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.7709 / 7736 daripada 5.7984/8046 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9474/9498 daripada 4.9534/9587.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.1070/1087 daripada 3.1061 / 1099 semalam dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8654/8676 daripada 3.8617/ 8661 sebelumnya. -Bernama