Konflik India - Pakistan: Pilih cara aman selesai masalah

Wan Azizah melawat ruang tapak pameran pada Perasmian Yayasan Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Wan Azizah melawat ruang tapak pameran pada Perasmian Yayasan Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap konflik terbaru yang dihadapi India dan Pakistan akan dapat ditangani dan diselesaikan secara aman.

Beliau percaya, walaupun krisis yang dihadapi kedua-dua kuasa nuklear itu berpanjangan, ia boleh diselesai secara diplomasi.

"Kalau ada apa-apa, boleh selesai secara rundingan, dengan baik, dengan diplomasi.

"Whatever differences should be dissolve amicably on the negotiation table," she told reporters after launching the Petronas Foundation here, today.

(Apa juga perbezaan perlu diselesaikan secara baik di meja perundingan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Yayasan Petronas di sini, hari ini.)

Dr Wan Azizah juga menegaskan kedua-dua negara adalah kawan baik kepada Malaysia.

Laporan media menyebut ketegangan antara New Delhi dan Islamabad kian meningkat sejak serangan pengganas di Pulwana, India, pada 14 Februari lepas, yang mengorbankan lebih 40 nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada berpuluh-puluh yang lain.

Ketegangan kian memuncak apabila kedua-dua pihak mendakwa saling menembak jatuh jet tempur satu sama lain baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: