Perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel KL ditutup esok

Penutupan Sementara stesen LRT, MRT dan Monorel KL
Penutupan Sementara stesen LRT, MRT dan Monorel KL
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan kereta api transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur akan ditutup sementara bermula jam 9 pagi hingga 3 petang pada 21 Ogos ini.

MyRapid KL menerusi laman Instagram memaklumkan, penutupan tersebut melibatkan LRT laluan Ampang dan Sri Petaling, LRT laluan Kelana Jaya, MRT laluan Kajang dan kesemua laluan Monorel KL bagi memelihara keselamatan awam.

“Bagi laluan Ampang dan Sri Petaling melibatkan stesen Chan Sow Lin, Hang Tuah, Masjid Jamek, Sultan Ismail, Pudu, Plaza Rakyat, Bandaraya dan Cheras.

“Bagi laluan Kelana Jaya, Stesen yang terlibat adalah Kampung Baru, Masjid Jamek, KL Sentral, Abdullah Hukum, Dang Wangi, Pasar Seni dan Bangsar.

“MRT laluan Kajang melibatkan Taman Pertama, Cochrane, Bukit Bintang, Pasar Seni, Maluri, Tun Razak Exchange, Merdeka dan Muzium Negara,” katanya.

Dalam pada itu, kaunter kad konsesi MyRapid di stesen LRT Pasar Seni juga ditutup.

Walau bagaimanapun, stesen yang tidak terlibat akan beroperasi seperti biasa.

Sebelum ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berhasrat untuk melaksanakan perhimpunan esok, namun dibatalkan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyidddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: