X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Syarat PN kepada Ismail Sabri bertujuan elak kesilapan sama berulang

Dr Abd Latiff
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan secara bersyarat bukan bertujuan mengikat calon tersebut, tetapi panduan supaya kesilapan sama tidak berulang seperti pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, ia dapat dilihat apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) dikaitkan dengan amalan rasuah manakala Pakatan Harapan (PH) pula terdapat kes-kes mahkamah dilepaskan kerana tidak menghormati prinsip pengasingan kuasa.

Justeru katanya, cadangan yang dinyatakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah supaya Perdana Menteri baharu dapat menjalankan tugas sebagaimana yang dikehendaki rakyat.

“Muhyiddin sebelum ini menegaskan beliau tidak masuk campur dalam kes-kes mahkamah dengan membiarkan berlaku pengasingan antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

“Secara peribadi, saya melihat cadangan Pengerusi PN itu bertujuan memastikan kerajaan yang bakal dipimpin Perdana Menteri baharu meneruskan amalan tersebut,” katanya memetik laporan portal PNBBC pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mersing itu mengulas kecaman beberapa pihak tertentu yang tidak puas hati dengan kenyataan Muhyiddin pada Khamis menyatakan sokongan PN terhadap pencalonan Ismail Sabri secara bersyarat.

Dalam pada itu, Abd Latiff berkata, sokongan 114 ahli Parlimen kepada Ismail Sabri juga jelas menunjukkan bahawa masing-masing percaya kepada Ahli Parlimen Bera tersebut.

“Justeru, tidak perlu ada pertikaian lain dalam membuat penentuan bagi memilih Perdana Menteri baharu selagi prosesnya mengikut Perlembagaan dan peraturan ditetapkan,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!