JPJ Johor buka kaunter pada Jumaat, Sabtu

Aminurrahim melakukan tinjauan di Pejabat JPJ Cawangan Muar dan Cawangan Batu Pahat bagi memastikan kelancaran operasi berkenaan.
Aminurrahim melakukan tinjauan di Pejabat JPJ Cawangan Muar dan Cawangan Batu Pahat bagi memastikan kelancaran operasi berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ) menyediakan perkhidmatan kaunter tambahan di seluruh negeri bagi memudahkan pemilik dan pemandu kenderaan perdagangan melakukan urusan.

JPJ Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan tersebut adalah pembukaan kaunter pada Jumaat dan Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Menurut kenyataan tersebut, pengguna bagaimanapun perlu melakukan urusan mereka tanpa tunai sahaja.

"Pembukaan kaunter hujung minggu ini bertujuan untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan pembukaan beberapa sektor sosial dan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Transaksi urus niaga yang disediakan termasuklah pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor," demikian kenyataan itu pada Jumaat.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk menyelesaikan saman yang tertunggak sempena Promosi Pengurangan Saman Kompaun JPJ sepanjang bulan kemerdekaan yang akan berakhir 16 september ini.

Dalam pada itu, kenyataan itu memberitahu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Aminurrahim Mohamed telah melakukan tinjauan di Pejabat JPJ Cawangan Muar dan Cawangan Batu Pahat bagi memastikan kelancaran operasi berkenaan.

Artikel Berkaitan: