Kerajaan baharu tidak stabil jika Ismail Sabri jadi PM

Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan baharu bakal tidak stabil sekiranya Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang berpendapat demikian yakin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mencari penyelesaian dan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan menjadi antara penyelesaiannya.

“Ismail Sabri dikatakan mendapat sokongan 114 ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Kalau benar, sejauh mana kestabilan kerajaan dibentuknya," soal Khalid dalam kenyataan di laman Twitternya pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) turut berpendapat, kerajaan baharu itu hanya mampu bertahan setahun lima bulan seperti Perdana Menteri kelapan.

“Sestabil kerajaan MY (Muhyiddin Yassin) rasanya. Alhasil balik asal. Tak stabil langsung.

“UG (Kerajaan perpaduan)?” kata Khalid yang dipercayai merujuk kepada cadangan pembentukan kerajaan perpaduan ketika negara dan rakyat berdepan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: