'Guna traktor cuci rumah dipenuhi selut'

Abdul Jalil Abu Bakar menggunakan khidmat traktor mencuci selut di rumahnya di Kampung Seberang Pekan Yan, di sini. (Gambar kecil: Jamiah Hamid, Senapi Abu)
Abdul Jalil Abu Bakar menggunakan khidmat traktor mencuci selut di rumahnya di Kampung Seberang Pekan Yan, di sini. (Gambar kecil: Jamiah Hamid, Senapi Abu)
A
A
A

YAN - Banjir lumpur yang berpunca daripada fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai di sini menyebabkan rumah penduduk di sekitar Yan dipenuhi selut setebal kira-kira 0.2 meter (m).

Seorang penduduk, Abdul Jalil Abu Bakar,61, berkata, dia terpaksa menggunakan khidmat traktor untuk mencuci selut di luar kediamannya di Kampung Seberang Pekan Yan di sini.

Dia sekeluarga mula mencuci selut yang masuk ke dalam rumah seharian pada Khamis.

"Seawal jam 9 pagi Jumaat, kami mencuci selut di bahagian luar rumah pula menggunakan traktor dan cangkul namun ia seakan-akan tiada berkesudahan

"Sudah berjam-jam kami cuci selut setebal paras lutut yang ada tapi masih tidak selesai," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya pada Jumaat.

Katanya, banjir lumpur akibat fenomena kepala air itu turut mengakibatkan peralatan di dalam rumahnya mengalami kerosakan.

Bagi Rokiah Darus,66, berkata, semua perkakas elektrik dan perabot di dalam rumah dan kenderaan anaknya dipenuhi selut, sekali gus mengalami kerosakan.

Artikel Berkaitan:

Rokiah Darus termenung melihat keadaan rumahnya yang dipenuhi selut.
Rokiah Darus termenung melihat keadaan rumahnya yang dipenuhi selut.

"Saya tidak tidur semalaman memikir barang yang tenggelam dalam banjir lumpur itu, rasa amat penat cuci selut dan angkat barang dalam rumah," katanya

Jelasnya, mereka juga belum sempat mengalihkan kereta anak bongsu yang dipenuhi selut berikutan terlalu keletihan.

Namun, dia reda atas dugaan Ilahi, sekali gus akan tabah mengharungi dugaan tersebut.

Penduduk Kampung Yan, Jamiah Hamid, 59, pula berkata, dia tidak sempat berbuat apa-apa apabila air naik sedalam kira-kira-kira satu meter di rumahnya.

Jamiah kehilangan kata-kata dan hanya mampu menangis menangis melihat kerosakan harta benda dan barangan elektrik di rumahnya.

Bagaimanapun, katanya, dia reda dengan ketentuan Ilahi atas dugaan menimpa dirinya sekeluarga.

"Rasanya, dua minggu diperlukan untuk kami anak beranak mencuci selut yang masuk ke dalam rumah memandangkan selut separas lutut masih penuh di dalam rumah," katanya.

Menurut Senapi Abu, 66, dia tidak menyangka berlaku fenomena kepala air seburuk itu sepanjang 60 tahun menetap di kawasan Yan itu.

"Seingat saya, kali terakhir air naik sebesar itu adalah pada tahun 1963, sekali gus tidak menyangka akan berlaku lagi pada Rabu lalu," katanya.

Katanya, turut tercedera pada lutut dan bahu ketika cuba menyelamatkan harta benda daripada mengalami kerosakan akibat dilanda banjir ekoran fenomena kepala air tersebut.